Monday, June 21, 2010

Penjara Pudu Dalam Kenangan



Sebentar tadi bermulalah aktivit meruntuhkan sebuah bangunan tinggalan sejarah sejak kira-kira 100 tahun dahulu. Bangunan yang dibina pada tahun 1891 oleh pihak British pada asalnya bertujuan menempatkan para banduan telah melalui transformasi pada tahun 1997 apabila ia mula dibuka kepada orang awam. Kira-kira RM 2juta ringgit telah dibelanjakan untuk membuat pengubahsuaian demi keselesaan pengunjung dan pengekalan niali sejarahnya.


Meskipun mendapat tentangan dari pelbagai pihak, namun pihak kerajaan masih tetap bertegas mempertahankan tindakan tersebut. Hal ini kerana ia dianggap tidak mempunyai nilai yang membanggakan negara.


Lokasinya yang terletak di segitiga emas, memperkukuhkan lagi usaha merobohkannya untuk digantikan dengan pembangunan kompleks dan konglomerat yang serba canggih dan mewah selaras dengan perubahan zaman dan kepesatan pembangunan kota.

Kalau diteliti, ini merupakan salah satu dari grand design KL Baru setelah usaha radikal dibuat ke atas Kampung Baru. Mungkin inilah langkah-langkah akhir menuju Wawasan 2020.

No comments:

Post a Comment