Monday, June 21, 2010

Lawatan ke Institut Al-Fateh, Yala.



Penulis (tengah) bersama Pengetua Institut Islam Al-Fateh, Yala, Ust Abdul Ghani (tiga dari kanan). Turut serta dari kiri, Pak Ya, En Aziz, dan En Abdul Aziz dari YMAT serta Ismail dari Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Thailand.

Mudir Institut Islam Al-Fateh

Ust Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Baba Roning oleh penduduk setempat merupakan graduan dari salah sebuah universiti di Libya. Sebelum ke Libya, beliau memulakan pendidikan tertiernya di Nilam Puri, Kelantan. Setelah tamat pengajian di Libya, beliau telah dipanggil untuk berkhidmat di Pusat Islam Seoul, Korea. Setelah enam tahun bermastautin di Korea, beliau pulang dan menyambung khidmatnya sebagai Guru Agama. Pada tahun 1996, beliau membuka Institut Islam Al-Fateh di Yala, Thailand dan terus bertahan sehingga sekarang.

Komitmen dan kesungguhan serta kretiviti dan inovasi Baba Roning dalam meneraju Al-Fateh telah mendapat penghargaan dari pihak kerajaan dan Istana menerusi pelbagai anugerah yang telah diterimanya sebelum ini. Antaranya Anugerah Pembangunan Sosial oleh Universiti Rajabath Yala dan Anugerah Khas dari Puteri Raja Bhumibol.

Pendidikan Agama dan Vokasional

Di sini para pelajar bukan sahaja diajar ilmu agama malah ilmu vokasional seperti pertukangan, pembinaan, pertanian, penternakan, memasak dan lain-lain lagi. Sebagai hasilnya, bangunan makmal komputer, bilik darjah, dan pejabat mudir, serta alatan dan pekakasan belajar seperti kerusi, meja, almari, dan rehal mengaji semuanya dibuat sendiri oleh para pelajar. Bagi pelajar perempuan, mereka turut diajar cara membuat kuih, kek serta lain-lain juadah makan yang mempunyai nilai komersial.


No comments:

Post a Comment