Tuesday, June 29, 2010

KPM Jawab Surat PKPIM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca ”Abu Qassim Nor Azmi, Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 24 Jun 2010 – Sistem penilaian baru perlu ganti UPSR, PMR.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bercadang memperkenalkan sistem Pentaksiran Beasaskan Sekolah (SBA) bagi menggantikan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menegah Rendah (PMR).

Pelaksanaan SBA ini akan diseragamkan menerusi Lembaga Peperiksaan yang akan menentukan bentuk soalan yang bakal disediakan guru untuk peperiksaan serta membolehkan sekolah membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar.

Ibu bapa boleh mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka hasil daripada keputusan SBA.

SBA ini telah diteliti serta dikaji dan didapati bersesuaian kerana SBA sudah amalkan di banyak negara dan tidak menjejaskan pembelajaran, pengajaran guru dan pembelajaran murid.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SBAgantiUPSR_PMR/Article

http://www.ppdbtu.edu.my/index.php?view=article&catid=1:pengumuman&id=563:berita-harian-bertarikh-24-jun-2010--sistem-penilaian-baru-perlu-ganti-upsr-pmr&format=pdf&option=com_content&Itemid=52


Monday, June 21, 2010

Kecil & Besar


"Kecil bukan kerana halus sosok fizikalnya,
tetapi kerana jiwanya yang kerdil;
Besar bukan kerana gedempol tubuhnya,
tetapi kerana mindanya yang agung, jiwanya yang suci dan semangatnya yang berkobar"

"Aku yang kecil tetapi besar, yang juga besar tetapi kecil"
Ibn Azmi, Pusat


Mansuh UPSR & PMR: Gesa Sistem Penilaian Baru, Rombak Silibus Pelajaran


Bayangan TPM untuk memansuhkan Peperiksaan UPSR dan PMR sebagai salah satu usaha mengholistik dan mengintegrasikan kembali pendidikan negara yang dilihat terlalu berorientasi peperiksaan harus diteliti dengan sebaiknya.

Di satu sisi, tindakan tersebut mampu mengurangkan takanan terhadap guru-guru dan para pelajar dari terus terbeban dengan peperiksaan awam tersebut.

Bebanan ini menjadi sebab utama tidak belakunya pendidikan yang efektif dan berkesan di dalam kelas ekoran kecenderungan mereka untuk hanya menumpu kepada teknik menjawab dan soalan yang berkemungkinan akan keluar dalam peperiksaan.

Justeru, ia secara tidak langsung akan memberi ruang yang lebih luas untuk proses pembelajaran yang holistik dan integral dalam satu-satu subjek yang mampu menyokong pembentukan minda kritis di kalangan para pelajar selaras dengan matlamat dan harapan kerajaan yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan RMK-10 yang lalu.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) harus segera memperkenalkan sistem penilaiaan baru yang tepat dan menyeluruh bagi menggantikan sistem penilaiaan UPSR dan PMR berkenaan.

Hal ini bagi memastikan proses pembelajaran di sekolah akan dapat terus dipandu dan dipantau dengan sebaiknya. Kegagalan memperkenalkan sistem penilaian baru akan hanya membuka lebih banyak kerosakan dan kegagalan berbanding kebaikannya.

Sistem penilaian baru harus setara dengan matlamat dan halatuju pendidikan negara dan ia menuntut set silibus pelajaran yang juga holistik dan integral sifatnya.

Bagi memperkukuh usaha murni tersebut, penilaian semula silibus pelajaran harus juga digerakkan agar trasnsformasi pendidikan sebenar dapat direlisasikan dengan jayanya.

Semua elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara dan keperluan semasa selaras dengan perubahan zaman harus diterjemahkan secara langsung dalam silibus pendidikan kebangsaan agar lebih kukuh dan berdaya saing.

Dengan matlamat yang murni, silibus yang berkesan dan menyeluruh, dan penilaian yang benar-benar tepat, maka proses membangun insan GLOKAL seperti yang diimpikan oleh PM bagai memacu Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan.

ABU QASSIM NOR AZMI
Naib Presiden PKPIM

Penjara Pudu Dalam Kenangan



Sebentar tadi bermulalah aktivit meruntuhkan sebuah bangunan tinggalan sejarah sejak kira-kira 100 tahun dahulu. Bangunan yang dibina pada tahun 1891 oleh pihak British pada asalnya bertujuan menempatkan para banduan telah melalui transformasi pada tahun 1997 apabila ia mula dibuka kepada orang awam. Kira-kira RM 2juta ringgit telah dibelanjakan untuk membuat pengubahsuaian demi keselesaan pengunjung dan pengekalan niali sejarahnya.


Meskipun mendapat tentangan dari pelbagai pihak, namun pihak kerajaan masih tetap bertegas mempertahankan tindakan tersebut. Hal ini kerana ia dianggap tidak mempunyai nilai yang membanggakan negara.


Lokasinya yang terletak di segitiga emas, memperkukuhkan lagi usaha merobohkannya untuk digantikan dengan pembangunan kompleks dan konglomerat yang serba canggih dan mewah selaras dengan perubahan zaman dan kepesatan pembangunan kota.

Kalau diteliti, ini merupakan salah satu dari grand design KL Baru setelah usaha radikal dibuat ke atas Kampung Baru. Mungkin inilah langkah-langkah akhir menuju Wawasan 2020.

Lawatan ke Institut Al-Fateh, Yala.



Penulis (tengah) bersama Pengetua Institut Islam Al-Fateh, Yala, Ust Abdul Ghani (tiga dari kanan). Turut serta dari kiri, Pak Ya, En Aziz, dan En Abdul Aziz dari YMAT serta Ismail dari Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Thailand.

Mudir Institut Islam Al-Fateh

Ust Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Baba Roning oleh penduduk setempat merupakan graduan dari salah sebuah universiti di Libya. Sebelum ke Libya, beliau memulakan pendidikan tertiernya di Nilam Puri, Kelantan. Setelah tamat pengajian di Libya, beliau telah dipanggil untuk berkhidmat di Pusat Islam Seoul, Korea. Setelah enam tahun bermastautin di Korea, beliau pulang dan menyambung khidmatnya sebagai Guru Agama. Pada tahun 1996, beliau membuka Institut Islam Al-Fateh di Yala, Thailand dan terus bertahan sehingga sekarang.

Komitmen dan kesungguhan serta kretiviti dan inovasi Baba Roning dalam meneraju Al-Fateh telah mendapat penghargaan dari pihak kerajaan dan Istana menerusi pelbagai anugerah yang telah diterimanya sebelum ini. Antaranya Anugerah Pembangunan Sosial oleh Universiti Rajabath Yala dan Anugerah Khas dari Puteri Raja Bhumibol.

Pendidikan Agama dan Vokasional

Di sini para pelajar bukan sahaja diajar ilmu agama malah ilmu vokasional seperti pertukangan, pembinaan, pertanian, penternakan, memasak dan lain-lain lagi. Sebagai hasilnya, bangunan makmal komputer, bilik darjah, dan pejabat mudir, serta alatan dan pekakasan belajar seperti kerusi, meja, almari, dan rehal mengaji semuanya dibuat sendiri oleh para pelajar. Bagi pelajar perempuan, mereka turut diajar cara membuat kuih, kek serta lain-lain juadah makan yang mempunyai nilai komersial.


Kejayaan PMG Kelantan 2010


Tahniah buat semua yang telah menjayakan Program Perkampungan Menara Gading (PMG) Peringkat Negeri Kelantan di Bachok.

Tuesday, June 15, 2010

Usman Awang & Kritikan Sosial


Kritikan Usman Awang dalam masyarakat,

Tahun ini aku bicara, mungkin banyak atau tidak.

Engkau juga teman, hanya jangan begitu berteriak.

Hidup bagiku bukan cuma mencoret-coret sajak.

Kiri kanan segala rasa tajam mendesak-desak.

Siapa yang mengerti, siapa yang mengerti saja.

Berbakti bukan sekali dan bukan satu cara

Keliling begitu robek mesti di zaman merdeka

Derai sorak di zaman ini

Belum bererti menjadi pasti

Kalau hanya pemimpin sendiri

Sedangkan kami tertindas lagi.

Tapi sejarah bisa berulang lagi

Dalam sorak kemenangan manusia mencari

Ahh... masing-masing mencari tempat sendiri

Tegak diatas kemelaratan kami

Itulah Bayangan zaman ini

Kulit hanya, isi tak berganti

Joe Studwell-Asian Godfathers


Ulasan Studwell dalam Isu Judi dan Kemiskinan
  1. Kemiskinan di Asia Tenggara adalah keranan kerakusan politikus yang sedia membenar dan mempertahankan keberadaan "Godfather" sejak dari awal lagi."
  2. Kegagalan konglomerat milik Halim Saad dan Tajudin Ramli menghadapi krisis ekonomi 1998 adalah kerana tiadanya sektor judi yang mampu merangsang aliran tunai.
Biodata

Joe Studwell is an author, journalist, public speaker and occasional university teacher; He is also doing a mid-career PhD at Cambridge University in the UK. He lives in a remote part of central Italy (the photo on the home page is a view from home), travel regularly to Cambridge, and do most of my research in East Asia.

His two most recent books are Asian Godfathers (2007, about developmental failure in south-east Asia) and The China Dream (2003, about the 1990s foreign investment gold rush in China). He hopes to finish his next book, a thematic history of development across the East Asian region, in 2010.

Rakyat Dihalang Ketemu Wakil Rakyat Di "Dewan Rakyat"


Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi simbol kepada dasar-dasar demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak dan tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri, kebebasan setiap rakyat menyatakan pendapatnya, kebebasan menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang dan hal memiliki harta benda.

Maka pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah hasil ilham Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.

Perletakan batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (BRUNEI) pada 31 Ogos 1962 bersamaan 1 Rabiulakhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. Pada 21 November 1963 Baginda sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini.

http://www.parlimen.gov.my/index.php

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PMGK) 2010


PKPIM dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2010 (PMGK'10) pada 25-27 Jun 2010 bertempat di Kolej Pendeta Za'ba, UKM.

PMGK'10 bertujuan melatih generasi mahasiswa agar bersifat dinamik dan progresif sebagai persediaan untuk kepimpinan negara pada masa depan. Selain itu, ia juga bertujuan membantu para pelajar mengadaptasi kehidupan kampus dengan lebih baih di samping menanamkan idealisme kemahasiswaan yang sejati.

Bagi mencapai tujuan tersebut, beberapa aktiviti yang melibatkan pembangunan fizikal dan dalaman telah dirancang dengan sebaiknya. Gandingan para penceramah jemputan dan mahasiswa IPTA yang terlatih sebagai fasilitator menjadikan ia lebih menarik dan bermakna.

PMGK'10 adalah terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM dan STPM. Sebarang pertanyaan sila hubungi Saudari Sheril Aida di nombor 013-2770051.



Monday, June 14, 2010

Membangun Peradaban Dengan Ilmu

Membangun Peradaban Dengan Ilmu Pada abad ke-9 M, di pintu gerbang Universitas Granada tertera slogan Universitas itu, ”Dunia hanya terdiri dari empat unsur: pengetahuan orang bijak, keadilan penguasa,doa orang saleh, dan keberanian kesatria”. Dunia hanya akan jaya jika dipenuhi orang-orang alim, saleh, adil, dan para mujahid.

Warisan ini akan sangat berguna untuk mengembalikan kejayaan Islam. Keberanian yang dilandasi ilmu, kekuatan iman, dan keadilan merupakan modal untuk meraih kejayaan kita. Di tengah kegelapan dan hegemoni pemikiran Barat dan mahalnya biaya pendidikan, kita harus memperjuangkan sebuah epistemologi orang-orang beriman.

Jika mere ka yang menolak metafisika (dengan demikian menolak Tuhan) dalam ranah pengetahuan berani menentukan standar kebenaran atau standar ilmiah, kenapa kita yang mengimani Allah Swt tidak berani? Inilah satu langkah untuk bertemu dengan hakikat pendidikan.

Walau dunia kita sudah tunamakna, walau benda-benda megah seringkali menghalangi pandangan kita dari cahaya Ilahi. Kita tak boleh berhenti mencari makna. Tak layak berhenti menebar cinta. Sebab Tuhan tak pernah berhenti mengucurkan kasih-Nya kepada manusia.

Makalah-makalah yang kami himpun dalam buku ini berawal dari berbagai kegiatan DISC Masjid UI pada tahun 1430 H yang lalu. Berbagai kegiatan itu telah menyediakan makalah-makalah yang menarik. Lima makalah yang kami anggap sebagai terbaik kami kumpulkan dalam buku ini.

Harapan kami, wacana pentingnya membangun tradisi keilmuan Islam dapat diserap oleh kaum Muslim terutama kalangan muda yang menuntut ilmu di perguruan tinggi.

Forum Belia Antarabangsa

Forum Belia Antarabangsa dianjurkan bersempena Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara dan Bengkel Strategik PEPIAT Tahun 2010. Topik yang dibincangkan adalah "Introspeksi Prinsip dan Amalan Demokrasi Islami di Asia Tenggara: Kritis Generasi Muda".

Menampilkan tokoh pimpinan politik, ahli ilmuan dan wakil mahasiswa Asean (PEPIAT). Antaranya YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Saudara Mustaffa Kamil Ayub, Prof Madya Shaharuddin Badaruddin, Saudara M. Zaid Markarma dan dipengerusikan oleh Saudara Abu Qassim Nor Azmi, Naib Presiden PKPIM.

Berjaya menghimpunkan seramai 50 orang pimpinan utama mahasiswa khususnya dari lembah Klang termasuk wakil deligasi dari Indonesia, Singapura dan Thailand.

Datuk M Kayveas Dikritik Hina Bahasa Kebangsaan




Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada permintaan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M Kayveas supaya bahasa Mandarin dan Tamil dijadikan subjek wajib dalam sistem pendidikan negara bagi menggambarkan gagasan 1 Malaysia.

PKPIM berpandangan bahawa permintaan untuk mewajibkan dua bahasa tersebut di sekolah kebangsaan menerusi sistem pendidikan kebangsaan adalah tidak wajar dan ianya masih terlalu awal untuk dilaksanakan. Ini memandangkan tahap penguasaan bahasa kebangsaan sendiri dalam kalangan pelajar sekolah khususnya di sekolah jenis kebangsaan masih di peringkat yang tidak memuaskan.

Dalam pada itu, selepas lebih lima dekad kita membangunkan negara menerusi aliran pendidikan kebangsaan yang mendokong bahasa Melayu sebagai bahasa teras yang turut didokong Perlembagaan Persekutuan, nilai dan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan tertinggi dalam negara masih gagal dihayati dan difahami para pelajar.

Menurut Perkara 152 (1) dan 152 (6) Perlembagaan Persekutuan, telah memperuntukkan dengan jelas bahawa perkara-perkara yang melibatkan pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam korikulum kebangsaan yang diuruskan Kementerian Pelajaran adalah bagi maksud rasmi dan wajib digunakan bahasa Kebangsaan.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin dalam Seminar Sehari Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) baru-baru ini, 44.8% remaja Cina tidak suka belajar bahasa Melayu. Selain daripada itu, kajian tersebut juga mendapati bahawa 72.1% remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting, diikuti oleh Kadazan (40%) dan India (37%).

Namun, PKPIM menyambut baik cadangan untuk subjek berkenaan dijadikan sebagai subjek wajib sekiranya tahap penguasaan bahasa Kebangsaan dalam kalangan pelajar sekolah semua kaum sudah berada pada tahap yang terbaik dan memuaskan.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga menegaskan bahawa teras utama gagasan satu Malaysia adalah satu bahasa yang mendokong bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan bukan gagasan yang mencampuradukkan pelbagai bahasa sepertimana yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ

Presiden PKPIM

"PECAT" Pedagang Judi


Saya mengalu-alukan pendirian tegas UMNO Johor terhadap isu pemberian lesen judi sukan kepada Syarikat Ascot Sport milik Tan Sri Vincent Tan seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungannya, Dato’ Abdul Ghani Othman.

Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pandangan dan luahan hati sebahagian besar masyarakat Johor yang jelas menolak kedangkalan usaha kerajaan dalam menghalalkan perjudian sukan seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Awang Adek Hussein.

Meskipun bakal berhadapan dengan tekanan politik dari dalam parti, saya percaya keberanian UMNO Johor dalam menyuarakan ketidakpersetujuan terhadap isu ini adalah selaras dengan prinsip “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang seharusnya dihormati.

Perkembangan terbaru ini bakal meningkatkan momentum “Gerakan Rakyat Bantah Judi” yang semakin mendapat sambutan dan dukungan rakyat termasuklah tokoh bola sepak Negara.

Justeru, PM digesa agar segera membuat keputusan yang tepat dan tidak lagi bermain tarik tali dengan rakyat jika masih mahu berkhidmat dan kekal memerintah.

Dalam pekembangan yang berasingan, saya mencadangkan agar semua yang terlibat dalam isu ini dipecat dari menyandang segala darjah kebesaran yang telah diterima dari “Pihak Istana” baik yang bergelar "Datuk" "Tan Sri" mahupun "Tun" sekiranya ingin meneruskan usaha gila mereka dalam memastikan kelulusan lesen berkenaan.

Hal ini dapat memberi pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dengan setiap cadangan, keputusan dan tindakan mereka supaya mengambil kira kesan langsung terhadap masyarakat secara umumnya.

Dalam pada itu, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail semasa melancarkan Hari Belia Negara 2010 peringkat negeri yang lalu agar semua pihak maklum dan mengambil tindakan proaktif terhadap penularan gejala sosial di kalangan anak muda wajar diperhalusi dengan sebaiknya.

Selain isu buang bayi, samseng jalanan dan penyalah guanaan dadah seperti yang dinyatakan, judi siber juga dilihat sebagai penyakit yang berpotensi untuk membarah di kalangan generasi muda walaupun ramai yang berpandangan bahawa ia sudah menjadi barah.

Saya ingin melahirkan kebimbangan sekiranya judi sukan tersebut tidak dihalang dan ditangai dengan sebaiknya, ia bakal mewujudkan budaya negetif baru di kalangan generasi muda yang pastinya akan menjejaskan usaha kerajaan dalam membangun modal insan cemerlang seperti yang diharapkan untuk memastikan kejayaan RMK-10 dan RMK-11 menjelang 2020.

“Judi Sukan memperjudi Wawasan 2020”


Khamis 3 Jun 2010- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama-sama badan gabungan Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) yang berpusat di Turki telah menganjurkan satu perhimpunan aman di hadapan kedutaan Turki bagi menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Turki yang telah memimpin gerakan misi kemanusiaan Flotilla untuk rakyat Palestin di Gaza.

Perhimpunan aman yang telah dianjurkan kira-kira jam 10.30 pagi tersebut turut melibatkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH), Future Global Network (FGN), Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT), Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan beberapa NGO Islam di Malaysia yang lain.

Dalam pada itu, perhimpunan ini dianjurkan bertujuan untuk menyatakan sokongan penuh keatas usaha kerajaan Turki khususnya dalam membela hak rakyat Palestin di Gaza di samping mengecam serangan yang dilakukan oleh regim Israel ke atas konvoi kapal bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas menuju Gaza. Di samping itu, perhimpunan ini juga bertujuan untuk mendesak Israel membebaskan Penolong Setiausaha Agung UNIW Mubarak Mutawwa yang juga merupakan seorang pemimpin Islam dari Kuwait.

Baca seterusnya.

http://www.pkpim.net/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=552:pkpim-anjur-perhimpunan-sokong-kerajaan-turki&catid=1:info-terkini&Itemid=50

Serangan Terhadap Freedom Flotilla Dikecam


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas menuju Gaza.

Dalam perkembangan terbaru itu, PKPIM beranggapan serangan kejam yang mengakibatkan kematian seramai 15 orang adalah salah dan tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa. Menurut laporan antarabangsa juga,kapal-kapal itu hanya membawa 5,000 tan bahan-bahan pembinaan semula, peralatan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza dan ia sama sekali bukan merupakan satu ancaman yang di rancang ke atas rakyat Israel.

Sementara itu, PKPIM juga menyifatkan ia sebagai satu penerusan kepada bentuk penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama ini. Siri ketidakperikemanusiaan yang dilakukan ke atas umat Islam Palestin ini bukan kali pertama dilakukan oleh regim zionis, tetapi sudah berlarutan semenjak puluhan tahun lagi yang tujuan akhir mereka adalah untuk melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai secara halus.

Dalam pada itu, PKPIM juga mendesak seluruh dunia Islam khususnya dunia Arab termasuk kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra untuk bertegas dalam isu ini dengan mengisytiharkan kecaman secara terbuka ke atas serangan kejam yang dilakukan oleh Israel ini. PKPIM juga mendesak agar negara-negara yang bersimpati untuk mengkaji semula hubungan diplomatik dengan kerajaan Israel.

PKPIM juga menggesa pihak kerajaan agar bertindak dengan menyuarakan kekejaman ini secara lantang menerusi beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), ASEAN, dan sebagainya.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga menyeru seluruh dunia untuk mengecam dan membuat sesuatu sebagai bentuk tekanan terhadap Israel. Justeru, PKPIM menyeru agar seluruh rakyat Malaysia untuk turut menyertai siri-siri bantahan aman yang dilakukan oleh mana-mana pihak-pihak termasuk badan bukan kerajaan NGO sebagai tanda sokongan padu rakyat Malaysia terhadap usaha-usaha keamanan dan mengecam keganasan oleh Israel.

Muhammad Faisal Abdul Aziz

Presiden PKPIM

PKPIM Ketuai Pelajar Islam Asia Tenggara


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) telah diberi kepercayaan untuk memimpin seluruh pelajar Islam Asia Tenggara apabila Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) bagi sesi 2010-2012 bagi menggantikan mantan Ketua Umum Pelajar Islam Indonesia (PII), M. Zaid Makarma.

Perlantikan ini dibuat secara rasmi dalam KONVENSYEN PEPIAT 2010 dan BENGKEL STRATEGIK PELAJAR ISLAM ASIA TENGGARA yang diadakan baru-baru ini iaitu pada 24-25 Mei 2010 di Hotel Equatorial, Bangi.

Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) adalah sebuah organisasi yang menghimpunkan persatuan pelajar Islam yang utama dari negara-negara di Asia Tenggara. Sehingga April 2010, PEPIAT telah dianggotai oleh Malaysia - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Indonesia -Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) dan Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), Singapura - Federation of Muslim Students Association (FMSA) dan National University of Singapore Muslim Students (NUSMS), Thailand - Thailand Muslim Students Association (TAMSA), Kemboja - Persatuan Pelajar Muslim Kemboja (CAMSA), dan Myammar - Myammar Muslim Students Association.

Sementara itu, Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara ini telah dilaksanakan berserta dengan penganjuran Seminar Antarabangsa Urus Tadbir Tayyib (Good Governance) dan Forum Belia Antarabangsa: “Prinsip dan Amalan Demokrasi Islami di Asia Tenggara: Kebangkitan Generasi Al-Fallah” yang mengupas dengan tuntas berkenaan dengan prinsip Islam dan demokrasi.

Dalam pada itu, dalam ucapan penangguhan Setiausaha Agung PEPIAT, Muhammad Faisal Abdul Aziz sejurus selepas pelantikan menegaskan bahawa PKPIM optimis untuk menggerakkan PEPIAT menerusi gagasan idea “Wahdah Madaniyyah” atau “penyatuan madaniyy” sebagai satu tawaran tuntas buat seluruh Umat Asia Tenggara.

Kesatuan ini menurutnya merupakan satu kesatuan yang ideal yang mendokong cita-cita ketamadunan Umat yang seharusnya digarap oleh seluruh pendokong gerakan dakwah serantau sebagai suatu mekanisme baru pemulihan Islam secara “zahiriyyah” dan “ghayah”.

Menurut beliau juga, Kesatuan Madaniyy yang ditawarkan PKPIM ini juga bersifat mendokong kesatuan yang paksinya adalah nilai ilmu, pendidikan-ta’dib, peradaban, ketamadunan, kehalusan tatasusila, dan kebudayaan luhur kearah untuk membentuk susanan umat Asia Tenggara yang teratur dan tertib di bawah kawalan hukum undang-undang tuhan.

Sementara itu, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM Abu Qassim Nor Azmi dan Setiausaha Agung Khairul Anuar Musa telah dilantik untuk memangku dua jawatan Penolong Setiausaha Agung PEPIAT sebelum satu kongres rasmi diadakan untuk memperhalusi perihal dalaman PEPIAT seperti perlembagaan persatuan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM akan memulakan lawatan rasmi beberapa negara anggota termasuk Indonesia dan Thailand menjelang bulan Jun ini sebagai gerak kerja baru untuk perkukuh persefahaman di samping meneliti beberapa cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh gerakan Islam di kedua-dua wilayah berkenaan.

http://www.pkpim.net/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=549:pkpim-pimpin-pelajar-islam-asia-tenggara-&catid=1:info-terkini&Itemid=50