Tuesday, March 29, 2011

Laporan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Penggal III Sidang Ke-27 Tahun 2009-2010

Sebagai Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ke Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Menteri Belia & Sukan.

http://mpbn.kbs.gov.my/mpbn/Laporan%20Persidangan%20MPBN%20Sidang%20III%20Penggal%20Ke-27%20Tahun%202009-2010.pdf

Thursday, March 17, 2011

Umat Islam Perlu Tingkat Kefahaman Agama

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Umat Islam disaran berusaha mempertingkatkan kefahaman ajaran Islam agar lebih bersedia untuk berhadapan konflik agama yang semakin kompleks.

Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Abu Qassim Nor Azmi berkata, hanya dengan akidah yang mantap, ilmu yang benar, dan nilai hikmah dapat mempertajam dan memperluas skop dakwah.

“Kita tidak harus selamanya berselindung di sebalik undang-undang yang boleh pada bila-bila masa terpinda,” ujarnya.

Justeru, PKPIM mengulangi pendirian dengan menggesa 35 ribu Al-Kitab Injil berbahasa Melayu ditarik balik dan dibekukan pengedarannya kerana terdapat unsur subjudis ekoran beberapa perkara masih dalam proses perundangan khususnya berkaitan penggunaan Kalimah Allah dan lain-lain perkataan yang menjadi pertikaian sebelum ini.

Meskipun begitu, katanya PKPIM menyeru semua pihak agar akur dengan peruntukan perlembagaan dan undang-undang negara demi menjaga keamanan dan kesejahteraan umum.

Menurutnya, enakmen kawalan serta lain-lain peraturan yang terlibat harus dihormati.

Walau bagaimanapun, kata beliau secara dasar, ini tidak menolak usaha menterjemahnya dalam apa sahaja bahasa untuk lebih difahami penganut agama tersebut.

“Isunya, penterjemahan tersebut harus dibuat dengan tepat, benar dan ikhlas serta menuruti peraturan dan undang-undang setempat bagi mengelak konflik umum,” ujarnya.

Hal ini, tambahnya selaras dengan prinsip Islam yang tidak menghalang penganut agama lain untuk mendalami agama mereka.

PKPIM, katanya mengajak semua pihak terutamanya umat Islam untuk melihat isu itu dari sudut yang lebih luas.

“Apakah yang akan terjadi sekiranya Barat mengharamkan penterjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan lain-lain bahasa yang menjadi medium umat Islam di sana untuk mendalami Al-Quran?

“Bagaimanakah nanti bagi Yvonne Ridley dan Cat Stevens untuk terus mendalami Al-Quran sekiranya ia berlaku?” soalnya.

PKPIM juga, ujarnya komited bahawa konsolidasi agamawan berwibawa harus diberikan ruang yang secukupnya untuk mengendurkan ketegangan dan menguraikan kekeliruan terhadap isu ini.

Menurutnya, dialog dan wacana bagi meningkatkan kefahaman antara agama perlu diperbanyakkan.

“Kita perlu serius dalam melahirkan penganut yang yakin pada agamanya serta menghormati keyakinan agama bagi penganut selain mereka,” katanya.

Sumber:

Beku Pengedaran Al-Kitab, Selesaikan Isu Kalimah Allah

PKPIM mengulangi pendiriannya dengan menggesa 35 ribu Al-Kitab Injil berbahasa Melayu ditarik balik dan dibekukan pengedarannya kerana terdapat unsur subjudis ekoran beberapa perkara masih dalam proses perundangan khususnya berkaitan penggunaan Kalimah Allah dan lain-lain perkataan yang menjadi pertikaian sebelum ini.

Walau bagaimanapun, secara dasar, ini tidak menolak usaha menterjemahnya dalam apa sahaja bahasa untuk lebih difahami penganut agama tersebut. Isunya, penterjemahan tersebut harus dibuat dengan tepat, benar dan ikhlas serta menuruti peraturan dan undang-undang setempat bagi mengelak konflik umum. Hal ini selaras dengan prinsip Islam yang tidak menghalang penganut agama lain untuk mendalami agama mereka.

PKPIM mengajak semua pihak terutamanya umat Islam untuk melihat isu ini dari sudut yang lebih luas. Apakah yang akan terjadi sekiranya Barat mengharamkan penterjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan lain-lain bahasa yang menjadi medium umat Islam di sana untuk mendalami Al-Quran? Bagaimanakah nanti bagi Yvonne Ridley dan Cat Stevens untuk terus mendalami Al-Quran dan mendakwahkannya kepada masyarakat Barat yang lain?

Justeru, umat Islam disaran berusaha mempertingkatkan kefahaman berkenaan ajaran Islam agar lebih bersedia untuk berhadapan konflik agama yang semakin kompleks ini. Hanya dengan akidah yang mantap, ilmu yang benar, dan inspirasi nilai hikmah dapat mempertajam dan memperluas skop dakwah kita. Kita tidak harus selamanya berselindung disebalik undang-undang yang boleh pada bila-bila masa terpinda.

Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa, para ustaz dan ustazah, pihak sekolah, pentadbir agama, dan penggerak NGO harus lebih bersungguh dan fokus kepada usaha meningkatkan kesedaran, merakyatkan kefahaman dan mendidik penjiwaan agama dalam diri setiap umat Islam.

Meskipun begitu, PKPIM menyeru semua pihak agar akur dengan peruntukan perlembagaan dan undang-undang negara demi menjaga keamanan dan kesejahteraan umum. Enakmen kawalan serta lain-lain peraturan yang terlibat harus dihormati.

PKPIM juga komited bahawa konsolidasi agamawan berwibawa harus diberikan ruang yang secukupnya untuk mengendurkan ketegangan dan menguraikan kekeliruan terhadap isu ini. Dialog dan wacana bagi meningkatkan kefahaman antara agama perlu diperbanyakkan. Kita perlu serius dalam melahirkan penganut yang yakin pada agamanya serta menghormati keyakinan agama penganut selain mereka.

Isu Al-Kitab: PKPIM Anjur Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada konflik agama yang kian hangat dibicarakan dalam media hari ini berhubung dengan terjemahan Bible atau Al-Kitab ke dalam bahasa Kebangsaan yang masih berada di landasan buntu.

PKPIM menyedari terdapat kerisauan dalam kalangan sebilangan masyarakat Islam berhubung perkara berkenaan lebih-lebih lagi apabila ia dikaitkan dengan agenda Kristianisasi terhadap generasi muda Melayu.

Namun, PKPIM secara tegas menyeru agar seluruh pihak berhenti menuding jari menyalahkan pihak lain berhubung perkara sedemikian memandangkan agenda Kristianisasi ini berlaku disebabkan kegagalan kita sendiri dalam mempersiap satu generasi yang kukuh pegangan aqidah dan jelas tasawwur Islam.

Lantaran itu, PKPIM mengambil inisiatif melancarkan Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima’I (GKKI) yang membawa tema Islam Warnai Hidupku secara besar-besaran sebagai satu tindakan responsif terhadap krisis yang berlaku ini.

Tujuan utama pelancaran GKKI-PKPIM adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menerapkan kefahaman Islam sebenar serta merungkaikan kekeliruan yang berlaku berikutan implikasi Al-Kitab terhadap Islam dan masyarakat umum.

GKKI-PKPIM yang akan dianjurkan pada 19-20 Mac 2011 ini di Masjid Taman Melati, Gombak ini akan turut dianjurkan di beberapa daerah, negeri dan kampus menerusi cawangan PKPIM yang wujud di kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM menyanggah pandangan beberapa pihak yang membantah Bible dari diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan memandangkan Bahasa Melayu secara umum sudah diterima sebagai bahasa kebangsaan untuk semua tanpa mengira kelompok bangsa atau agama.

Dalam masa yang sama, bahasa kebangsaan ini juga merupakan satu-satu bahasa yang difahami sebilangan masyarakat Kristian di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Namun, PKPIM konsisten dengan pendirian untuk menentang beberapa istilah dari diguna pakai seperti Kalimah Allah, Solat, dan sebagainya memandangkan wujud pelbagai istilah lain dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan serta mendesak kerajaan agar menghadkan pengedaran Bible tersebut dari masuk ke semenanjung Malaysia.

Sumber:

http://www.pkpim.net/index.php?option=com_content&view=article&id=624:-isu-al-kitab-pkpim-anjur-gerakan-kempen-kesedaran-ijtimai&catid=1:info-terkini&Itemid=50

Tuesday, March 15, 2011

Tahniah Datuk Lee Chong Wei: Pertahan Kejuaraan All England 2011

Kronologi Terkini Kes al-Kitab Injil Melayu

TPM "Kita akan bincang dalam mesyuarat kabinet"
http://www.malaysiakini.com/news/158651

Idris Jala "Guna warta 1982 buat keputusan"

PKPIM "Bincang antara tokoh agama selesai isu Bible BM"

Isu Al-Kitab: PKPIM anjur Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i (GKKI)

ABIM tidak bantah tetai mahu syarat KDN dipatuhi

Ulama UMNO kata "OK" selagi terkawal

PKPIM "Ummat Islam perlu tingkat kefahaman agama"

Kes al-Kitab Injil Melayu: PKPIM Gesa Kerajaan Tangguh Keputusan

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kenyataan YB Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung pendirian kerajaan dalam membenarkan pengeluaran sejumlah 35 ribu Al-Kitab Injil berbahasa Melayu yang ditahan di Perlabuhan Klang dan Kuching oleh pihak berkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kerajaan berpendapat bahawa ia adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal selain mesti dicop dengan tag “Untuk penganut agama Kristian sahaja”.

PKPIM berpendapat, meskipun diperuntukkan pengedarannya hanya untuk penganut agama Kristian sahaja, namun apakah jaminannya al-kitab tersebut tidak akan diedarkan kepada penganut agama lain? Sehingga ke hari ini, PKPIM masih belum begitu yakin dengan kemampuan agensi kerajaan yang terlibat benar-benar kompiten dalam memastikan perkara tersebut tidak berlaku.

PKPIM turut mempersoal ketetapan Peguam Negara (AG) bahawa pengeluaran Kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tersebut tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.

Justeru, PKPIM menyeru agar pihak kerajaan menarik semula pengumuman tersebut kerana bimbang ia akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam yang masih membara dengan konflik Kalimah Allah yang telah mengakibatkan suasanan tegang dalam masyarakat.

PKPIM berharap keputusan ini dapat ditangguhkan sehingga proses perundangan berhubung isu Kalimah Allah selesai. Peguam Negara (AG) juga digesa agar mempertimbang semula ketetapan yang telah dibuat berhubung isu berkenaan.

Akhirnya, PKPIM memohon isu ini dapat dibawa kepada perbincangan dan konsolidasi antara tokoh-tokoh agama yang berwibawa bagi menyeimbangi mati rasa sudut pandang pengamal undang-undang agar dapat memberikan saranan terbaik kepada kerajaan dalam membuat keputusan yang lebih berobjektif dan berhikmah demi kesejahteraan semua.